Thursday, September 22, 2011

Zon Selesa

Nad's Media Production Sdn Bhd

Somehow aku rindu hari-hari aku sibuk cuba membina empayar. Empayar yang membolehkan aku berangan-angan duduk   di press conference dan membidas  segala idea dan kepelatan David Teo. Hari-hari di mana aku menolak segala ketidakpastian dan berasa puas setelah ianya selesai.

Tapi cuma satu yang aku tak cukup kuat untuk lepaskan. Zon Selesa.

Aku sudah berkhidmat dengan UKM hampir empat tahun kini. Dan zon selesa ini tidak pernah gagal untuk mengecewakan aku. Segalanya terbatas, terkurung, lalu terbujurlah aku menerima takdir. Walhal rakan-rakan lain pening kepala memilih tawaran dari syarikat lain.

Sampai bila aku di sini?

0 comments: